Sounds of silence






Selagi ada rindu .
Posted on: Friday, April 20, 2012 | 0 dopest talk(s)


   Hujan masih lebat. Titis airnya sesekali mengenai wajah Uzma yang berdiri di kaki lima sebuah kompleks membeli-belah. Cepat-cepat diseka titis air hujan yang membasahi wajahnya . Merimaskan ! Uzma gelisah. Sudah hampir satu jam dia berdiri di situ, tapi hujan masih belum mahu berhenti. Pasti dia lewat lagi sampai di rumah kalau begini keadaannya. Sekejap-sekejap dia melirik jam di pergelangan tangan kanannya. Risau membaluti hati. Dia jadi resah gelisah. Dua, tiga orang yang berdiri berhampiran juga turut tertoleh-toleh ke arahnya. Mungkin pelik melihat dia yang kalut semacam. Dia tidak peduli. Bukannya mereka faham akan masalahnya. menyibuk sahaja !


Janjinya tadi, dia hanya perlukan sedikit masa saja untuk membeli sedikit barangan keperluan dirinya. Sekarang ini, sudah masuk jam kedua, dia masih lagi terpacak di situ. Ah ! Biarlah. Kalau nanti dia kena marah, nasiblah. Bukan salah dia pun. Hujan nak turun, bukan boleh ditahan-tahan. Dia bukannya superwoman atau ada kuasa magic. Ironinya, dia juga bukannya seorang 'bomoh hujan' yang mampu 'melarikan' hujan ke tempat lain. Ish ! Mana ada manusia yang boleh melawan kuasa Allah. Tak masuk akal kalau manusia boleh melarikan hujan. Kan itu itu semua kuasa Tuhan pencipta seluruh alam. Uzma menggelengkan kepala beberapa kali mengenangkan pendapat segelintir manusia yang amat mempercayai benda-benda karut seperti itu.


   Sekarang ini yang menjadi masalahnya, dia meletakkan keretanya agak jauh sedikit dari kompleks itu. Bukan di basement atau roof topnya. Alahhh , benda nak jadi hal, nak buat macam mana ? Lagipun bukan dia sengaja. Kalau nanti dimarahi, nasiblah. Dia tak kisah. Buka baru sekali ini dia terlewat dari masa yang dia tetapkan sendiri. Sudah terlalu kerap. Paling teruk dia hanya dimarahi. Lebih dari itu, tiada apa-apa yang perlu dia bimbangkan. Pasti Datin Shafiza akan menyebelahinya, seperti dahulu. Ingatan itu mengundang senyum yang meleret.


TAK semena-mena badannya dilanggar oleh seseorang. Habis bertaburan shopping bag yang dipegangnya. Serta-merta mukanya masam mencuka. Dia melepaskan keluhan kecil. Geram ! Dalam keadaan yang kalut begini, ada saja sesuatu yang tidak dijangkakan berlaku. Sudahlah dalam keadaan hujan begitu, ada pula insan yang tak reti-reti nak bersabar. Main rempuh saja ! Dia menunduk seakan mencangkung untuk mengutip beg shoppingnya yang bertaburan. 'Dia ingat aku ni apa ? Tiang elektrik ke ? Main rempuh sesuka hati aje,' bebelnya dalam hati .


   "Ops.... sorry . Cik tak apa-apa ke ?" tegur orang yang melanggarnya. Seorang lelaki. Dia turut tunduk untuk mengutip beg shopping mulik Uzma yang bertaburan . Dalam keadaan yang masih geram, Uzma mendongak sedikit untuk melihat wajah lelaki itu. Kemudian dia menunduk semula . 'Ish ! Boleh tanya macam tu pulak ! Mestilah tak okey. Takkan itu pun tak boleh nak fikir, ' omel Uzma lagi , tanda tidak puas hati.


   "Auchh ! Hei , apa you buat ni ? Sakit dahi I ni tau!" sergah Uzma, agak marah bila dahi mereka berlaga. Dia mengusap dahinya beberapa kali . Dah lahh suka-suka dia dilanggar. Lepastu dahi mereka pulak 'berlanggar'. Dengan orang yang sama pula tu ! Apalah nasib. Orang kata kalau bertemu cara begini, ada jodoh. Jodoh apanya kalau menyakitkan hati .


   "You ingat I nak buat apa ? I nak tolong you pungut barang-barang you nilah. You ingat i suka-suka aje ke nak 'cium' dahi you tu. Oh ! Please... " jawabnya selamba sambil menghulurkan beg-beg shopping Uzma yang dikutipnya. Uzma menyambut kasar. Tiada senyum yang terbit. Juga tiada ucapan terima kasih. Hanya jelingan tajam yang mewakili rasa jengkel di hati.


"That;s good. So, what are you waiting for ? You may go now, Mr.!"


    "Amboi ! Cantinya bahasa. Terima kasih tak ada, sedap aje nak halau kita . You tak nampak ke hujan tengah lebat ni ? Buta ke ?" Dia terus menjarakkan diri dari Uzma .


    Uzma terkesima. 'Pandai mengata orang tak reti bahasa. Sendiri apa kurangnya. Mcamlah bahasa dia cantik sangat ! Dua kali lima aje'


    Lelaki itu masih memerhatikan Uzma walaupun pada jarak yang agak jauh. Menyedari itu Uzma segera melarikan wajahnya. Tidak mahu bertentangan mata. Apatah lagi bila melihat lelaki itu tersenyum meleret. Macam kerang busuk ! Eii, sakitnya hati ! Meluat sangat . .



    Dan bila hujan mula reda, tanpa berlengah lagi Uzma terus menapak menuju ke keretanya. Ketika melintasi lelaki itu, dia menghadiahkan jelingan tajam tetapi , dibalas dengan senyuman manis pula oleh lelaki itu. Bertambah sakit hatinya. harapannya tadi agar lelaki itu tidak terus-terusan memerhatikan dirinya. Ini, terbalik pula . Makin dijeling, makin galak mata lelaki itu memandang padanya. Ishh ! menyampah betul . .


"Bye, sweet girl. Harap-harap kita dapat berjumpa lagi, " uisk lelaki iti pula .

Uzma merungut dalam hati. 'Ishh ! Lelaki ni memang nak kena. Nantilah kalau terjumpa lagi. Tahulah apa aku nak buat. Muka handsome, dressing memang smart tapi perangai tak tahu lah nak kata,' omelnya da;am hati . Uzma melangkah tanpa menoleh lagi. dia mahu segera sampai ke keretanya. Dia mahu segera sampai ke rumahnya. Dia mahu lari ini semua. Itu saja .


    Itu kisah empat tahun lalu. Kisah pertemuan dengan seseorang yang amat memberi makna buatnya. Kisah semasa hujan lebat . Sama seperti saat ini. Bila hujan dia pasti terkenangkan peristiwa itu. Ketika dia masih baru mengenali Airil Rayyan. Kisah yang terlalu banyak meninggalkan sendu dan luka di hatinya. Kisah di mana dia terpaksa melupakan cinta buat beberapa ketika. Dan yang menjadi mangsa keadaan tentulah dia dan Airil Rayyan sendiri. Terpaksa berkorban kasih demi satu 'kehormatan'. Terpaksa mengetepikan perasaan kasih yang sedang mekar demi menjaga sebuah 'maruah' .


"Ma dari mana ni ? Dah nak senja baru sampai rumah. Kata tadi keluar kejap aje. Sekarang ni dah pukul berapa?"



    Uzma menelan air liur. Sudah dijangka bahawa dia akan disoal siasat begitu. Walaupun nada suara itu tidak membayangkan nada kemarahan, Uzma yakin kepulangannya memang dinanti dan merisaukan semua pihak. Dia tahu itu. Malah teramat tahu dan kadang kala dia mengambil sikap sambil lewa kerana dia tahu bahawa kemarahan itu hanya bersifat sementara.


"Ma dari shopping complex. Hujan lebat. Tu yang jadi lambat. Ma mintak maaf kalau merisaukan semua orang."



"Senangnya nak mintak maaf ! Kenapa tak call ? Mana boleh orang dalam rumah ni tak risau. Ma tu perempuan. Jalan sorang-sorang pulak tu ! Kalau apa-apa jadi macam mana?"


"Handfone habis bateri."
"Habis tu , tak pandai nak guna public phone ? Ma ni , kenapa ?"


Uzma terkedu. Ketegasan suara itu benar-benar membuatkan dia rasa kecut perut. Padahal bukan dia tidak biasa dengan keadaan begitu. Kena marah pun dia sudah biasa sebenarnya. Kadang-kadang lagaknya seperti anak kecil yang dimarahi oleh sang ayah apabila pulang dalam keadaan basah lokos selepas bermain hujan. Cuma dia yang degil. Tak serik-serik walau sudah sering kali ditegur. Dia memang keras hati. Bukan itu sahaja, dia juga keras kepala. Itu hakikatnya. Makin ditegur, makin dibuatnya. Makin ditegah, itu jugalah yang diulanginya. Sungguh begitu, dia tetap menghormati insan-insan di dalam rumah besar itu. Terlalu menghormati sebenarnya. .


"Abang ni , kenapa ? Budak tu baru aje balik dah nak membebel. Senja-senja macam ni tak baik berleter bang. Dahlah tu," tegur Datin Shafiza pada suaminya.



     Datuk Imran hanya bersahaja. Dia tahu, isterinya pasti menyebelahi Uzma, seperti kebiasaanya. "Dah Uzma, pergi naik atas. Mandi salin baju tu . Dah kena hujan macam ni, demam pulak nanti," arah Datin Shafiza . Dengan pantas Uzma berlari anak, naik ke tingkat atas . Dia tahu, kalau makin lama dia menunggu, pasti sesi soal siasat ini akan berterusan. Datuk imran akan bertanya sehingga dia benar-benar puas hati dengan jawapannya. Itu belum ditambah dengan campur tangan Datin Shafiza lagi . makin kecoh suasana nanti.


     DI DALAM kamar , Uzma tidak terus mandi. Sebaliknya dia berbaring menelentang di atas katilnya sambil merenung siling. Dirinya masih diselebungi kenangan, ingatannya tidak pernah pudar pada lelaki itu. Apatah lagi sekarang ni mereka semakin dekat. Dekat tapi jauh. tersenyum sendirian bila teringatkan peristiwa saat dia 'berlaga' dengan seorang jejaka. Dalam marah dia tersenyum juga bila mengenangkan senyuman manis lelaki itu berlegar di ruangan matanya. Memenuhi siling. Lelaki itu seakan tersenyum padanya. Uzma turut tersenyum lagi dan bayangan itu terus hilang bila ketukan di pintu bergema. Uzma mengeluh perlahan. Baru nak berangan, sudah ada yang kacau daun . Dengan malas dia bangun dan menghampiri pintu .


"Ya , ada apa, Mak Pah ? "
"Ma , Datin kata kalau dah siap dia suruh turun makan."


    Uzma melirik pada jam di meja tepi. hampir pukul 7.30 malam. "Yalahh. Mak Pah beritahu Datin, kejap lagi Ma turun. Ma nak mandi dan solat dulu , ya ."

"Baik . Tapi cepat sikit ya, Ma . Datuk dah tunggu kat bawah tu. Yang lain kejap lagi turunlah tu, "

"Yalahh. bagi Ma setengah jam okey."


     Dengan malas Uzma melangkah ke bilik air. Di capai tuala yang tergantung di rak berhampiran pintu bilik air. kalau ikutkan hatinya memang malas mahu turun makan. Badannya masih letih. Matanya juga rasa mengantuk. Tapi , bila mengenangkan caranya itu akan menambahkan kemarahan, ditelan juga rasa malasnya. Nanti dikata dirinya tidak tahu diuntung pula .




By Azleya Shadzalin




Disclaimer

Assalamualaikum ! Hi, welcome to my blogger .

Navigate
Twitter

Instagram : aziedaamira
 drakulas

Tagboard


Credits
Templete and edit by : Nadirah Izzaty
Bullets from: Kari Pixel and Cici
Image hover by: Muazz Adli
Inspired by:
Header by: Luqman