Sounds of silence






Terlalu rindu .
Posted on: Sunday, April 15, 2012 | 0 dopest talk(s)






Aku terlalu rindu pada zaman persekolahan .

Aku mula rasa ingin menjatuhkan air mataku kerana aku rindukan saat-saat kebahagiaanku disekolah . Masa zaman sekolah , aku adalah seorang yang malas hendak pergi ke sekolah .  . Bangun pagi sudah kebiasaannya untuk pergi ke sekolah . Tetapi dengan kemalasanku ini yang membuatkan aku rasa macam setiap hari aku tidak mahu pergi ke sekolah *ponteng .. Aku pergi ke sekolah untuk mencari ilmu . Tetapi kenapa tidak terlalu mudah untuk mendekatkan ilmu itu ke kepala otakku ini . heh . Masuk telinga kiri , keluar telinga kanan . Macam itulah aku apabila mendengar cikgu membebel di depan .Seolah-olah cikgu tersebut tiada di depan .Aku seorang yang lalai . Bila peperiksaan semakin hampir , mulalah hati tidak senang kerana tidak belajar bersungguh-sungguh . Dan ingin mencemerlangkan keputusan tersebut . . ( lain kali focus apabila cikgu sedang mengajar didepan ) . Memang selalu aku menghilangkan diri di sekolah masa tingkatan 4 *ponteng . Cikgu memanggil namaku , dan memberi surat kepadaku . Lalu , aku membukanya . Rupa-rupanya , aku telah mendapat surat amaran kali yang pertama . Bulan seterusnya , aku juga dapat surat amaran sekali lagi . Surat tersebut berwarna kuning . Surat tersebut tersangat menyerlah dan berwarna kuning sepekat-pekatnya . Lalu , aku buka surat tersebut , rupa-rupanya aku telah mendapat surat amaran kali yang ke-2 . Selepas itu , aku sudah mula insaf dan tidak akan ponteng sekolah sekali lagi . Setiap bulan kedatangan aku penuh . Aku tidak akan dapatkan surat kali yang ke-3 .Jikalau aku dapat surat amaran yang ke-3 . Mungkin aku akan dibuang sekolah . . . .



Tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi oleh guru .


Esok cikgu nak tengok esei BI . Kemain gelabah laginya aku nak siapkan esei tersebut . Aku tak seberapa nak pandai nak buat esei BI ni . Cikgu datang kat semua tempat sebab nak tengok esei yang dia bagi . Aku dan kawan sebelah aku rasa gelisah . Gelisah sebab tak siapkan kerja yang dia bagi . Hehehe :) Semakin hampir dia mendekati aku . Mukaku pucat . Jantungku dupdap dupdap dengan selaju-lajunya . Tanganku menggigil ketika menyelak-nyelak sehelai demi sehelai di buku . Aku ingin meminjam buku kawanku . Dengan sepantasnya aku menyalin jawapan-jawapan tersebut . Tulisanku serupa cacing kerawit yang berlegar-legar di atas jalan . Fuhhhh ! Semakin laju denyut jangtungku . Dan semakin laju tanganku menulis jawapan tersebut . Aku sudah mula takut dengan kedatangan cikgu untuk sampai ke tempatku . Dengan sepantasnya aku menyalin , tiba-tiba cikgu berdiri didepanku . Aku mula terkejut *mata terbeliak. Adakah cikgu perasan yang aku ni meniru jawapan kawanku ? Mukaku pucat sepucatnya macam aku dah kena demam denggi . Aku tak sempat menyiapkan kerja tersebut . Lalu , dengan sepantasnya cikgu menyubit di perutku yang berlemak ini *aduh sakitnya . Kawan-kawanku di dalam kelas melihat aksiku apabila kena cubit dengan cikguku . Kawan-kawanku menggelakkan aku . Ketika itu , aku sudah rasa malu semalunya *macam pokok semalu . Cikguku selalu memerli ku kerana tidak menyiapkan kerja yang dia bagi . Kawan-kawan sekelas ku memandangku , dan aku menundukkan mukaku . Aku malu tersangat-sangat . Aku mula rasa menyesal kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi oleh cikgu . ( Alahhh ! Kena cubit je pun . 5 minit hilang la sakitnya tu . hahaha :D )


Bila saya tinggal di asrama .


Aku lebih gembira apabila tinggal di asrama bersama kawan-kawanku . Apabila aku duduk di asrama , aku boleh belajar berdikari . Selain itu , aku boleh belajar bersama-sama dengan kawan . Jika aku tidak faham , aku akan bertanya *malu bertanya sesak nafas . Eh ! Salah la . Malu bertanya sesat jalan . . hehehe :) Setiap pagi , loceng di asrama ku berbunyi kerana mahu mengejutkan kami untuk pergi ke sekolah . Kawan di sebelah katil ku memang rajin bangun awal . Namun aku menyuruh dia mengejutkan aku apabila dia sudah mandi . Aku bangun sebentar , tengok jam . dan berkata " Alaa . lama lagi " . padahal , lagi 30 minit sahaja bas akan bergerak untuk menghantar kami ke sekolah . Aku bangun dengan sepantasnya . Mandi dengan secepat yang mungkin . Aku melihat sekelilingku , semua kawan-kawan ku sudah bersiap sedia turun ke bawah . Aku mula menggelabah . Dan berkata " weyy , jangan tinggalkan aku " . Siap dengan secepat yang mungkin , secepat yang mungkin dan secepat yang mungkin . Jadual sekolah tunggang langgang . Ada buku yang tercicir . Bila sampai ke sekolah . Buku yang nak dihantar pula tidak dibawa . Aku tangguhkan hari untuk menghantar buku tersebut kepada cikgu . *saya minta maaf sangat-sangat . heheheh ;) *kelip-kelip mata . Ni nak cerita pasal sekolah ke asrama ni ? heh


Setiap hari Ahad , kami akan membuat rombongan . Bukan rombongan meminang . Tetapi rombongan pergi ke pasar . hehehe . Marilah kita pergi pasar malam berjemaah . Setiap kali pergi pasar , duit akan berkurangan . Bukan semakin bertambah :D Membeli makan sudah semestinya . Apabila kami sudah balik ke asrama , kami akan duduk ramai-ramai dan makan berjemaah . Makan kegemaran kami ialah char kuey teow . Kami tidak muak dengan makanan tersebut . Setiap minggu kami makan makanan yang sama . Itu semestinya . Apabila sudah maghrib , kami akan solat berjemaah bersama-sama . Tetapi tidak selalu solat berjemaah . Baju yang kotor dikumpul sampai seminggu dan kami akan hantar di dobi . Tak mahal dan tak murah .Setiap minggu muka orang yang sama sahaja di kedai dobi itu . Nak basuh baju sendiri bilik air terlalu kecil pula . . . heh

Maaf . Tatabahasa tak berapa nak bagus . hehehe :) 


Disclaimer

Assalamualaikum ! Hi, welcome to my blogger .

Navigate
Twitter

Instagram : aziedaamira
 drakulas

Tagboard


Credits
Templete and edit by : Nadirah Izzaty
Bullets from: Kari Pixel and Cici
Image hover by: Muazz Adli
Inspired by:
Header by: Luqman