Sounds of silence






Dia sebenarnya jejaka kurang sopan !
Posted on: Thursday, March 01, 2012 | 5 dopest talk(s)



Memang ada lelaki yang tak pandai menjaga mulut ! Ye . Saya tahu , tak semua lelaki yang tidak pandai menjaga mulutnya kan . Tutur katanya sesedap rasa, tidak pernah memikirkan perasaan orang lain . Segala yang terlintas di fikiran, setiap yang dipandang, dilontarkannya tanpa ayat yang berlapik . Sesekali mungkin kita boleh memaafkannya, namun kalau setiap kali janji temu, si dia memang cakapnya macam bertih goreng, ungkapannya pedih berbisa sehingga merah telinga menahan malu. Biasanya lebih baik perempuan memikirkan semula perhubungan dengan si dia.

Buat apalah anda harus memendam rasa, kalau setiap kali dia membuka mulut, tutur katanya begitu menghiris perasaan anda. Memang ada lelaki yang tidak menyedari tutur katanya melukakan hati pasangan. Mungkin anda boleh menegur si dia dengan cara yang penuh diplomasi. Ada beberapa tanda yang mungkin boleh anda lihat sama ada si dia ini tergolong dalam kategori lelaki sama lupar . 


Antara tandanya termasuklah :-

1. Dia mempertikaikan umur anda .

2. Menegur iras wajah ada .

3. Dia mengagak-agak berat badan anda .

4. Dia menegur jerawat anda .

5. Cara berjalan pun dia tidak berkenan .

6. Dia menegur dada anda tidak pejal .

7. Dia berlawak punggug anda lebar .

8. Dia mempertikaikan keturunan anda .

9. Si dia tidak mahu perempuan yang menyusahkan .

10. Siapa pernah sentuh anda .

Okayy ! Siapa tahan dengan sikap si dia macam tu . Kalau saya pun tak akan cari orang yang macam tu . Si dia pun kenalah paham dengan perasaan orang . Jangan mudah melepaskan kata-kata yang tak seberapa nak elok di dengar . hihi . Bye .


Disclaimer

Assalamualaikum ! Hi, welcome to my blogger .

Navigate
Twitter

Instagram : aziedaamira
 drakulas

Tagboard


Credits
Templete and edit by : Nadirah Izzaty
Bullets from: Kari Pixel and Cici
Image hover by: Muazz Adli
Inspired by:
Header by: Luqman